Showing posts with label unintentional. Show all posts
Showing posts with label unintentional. Show all posts

Saturday, February 15, 2020

Kepada ke(tidak)sengajaan

Aku telah membuatmu menunggu, itu bukan inginku.  
jika hati dengan mudah membukakan pintunya, 
itu juga bukan kehendakku. 

Kamu pernah berkata, 
“Gadisku… hatimu tak bisa kau paksakan, apapun jawapanmu, akan aku terima dengan lapang”. 
Sedari dari pendakian pertama, hatiku mulai yakin, menunggu bukanlah dalam kepakaranmu. Aku ingin sepertimu, yang dengan mudah membuka hati, dan mengizinkan dia untuk berada di dalamnya setelah sekian lama aku menjadi penghuni paling setia dalam lewat rahsia. 

Tapi, aku tak dapat mengatur hatiku sesuai dengan inginku. Dan kini kamu pula berada dalam persimpangan, di mana langkah kakimu pun tidak tahu akan ke mana berjalan. 

Maaf, aku telah membuatmu menunggu dengan waktu yang tak pernah aku mampu kutentukan. Kamu telah lelah menanti dan seterusnya wujud dipersimpangan dua. 

Maka aku izinkan kamu untuk pergi, 
ucapkan selamat pada dia kerana telah berhasil menggetarkan hatimu dalam waktu yang singkat. 

Dan untukmu pula, Nona. 

Telah kutahu kehadiranmu yang dalam diam sering ke sini, apakah kamu telah menemui jawapan? Apa telah kamu khatam setiap aksara, lalu mencapai konklusimu? 

Ingin aku bertanya, apakah kamu jumpa yang dicari selain makna dari penyamaran rasa ini? Kerana anak matamu telah kubaca, dan darinya telah kumaklumi, kehadirannya kini telah menjadi salah satu rutin yang kamu nanti.

Berhentilah mempersoal.

Untuk meraih perhatian dan memahaminya bukan di sini.
Aksara-aksara ini akan lebih banyak merentap kasar hatimu. 

Menjauhlah dariku.

Kerana ada banyak hal tidak akan mampu kamu singkap, 
berhentilah menjengukku,
kerana aku khuatir rasa ini tak mampu lagi aku samarkan.

Ini adalah perihal tiga,
aku harus kau lupakan,
tentang puisi selepas ini bukan lagi untukmu,
dan kerana aku kira, kisah mencintaimu mungkin telah sampai ke titik akhir.

Monday, April 3, 2017

Gunung Hijau, Pusing, Perak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Getting there.

I drove at 7am waiting for others near our school. Since the road is not so smooth and even, so I only drove for first half then I left my car and move into their car (cuz you know at times boys couldnt trust girl that said we can drive haha). This time I hiked with my schoolmate of SYS. 


The Gunung Hijau is located at Pusing, Perak. It’s just around 1 hour drive from my home. While I’d definitely recommend you guys brought 4WD car so you can easily across all the muddy roads.

Nothing special, just like my other normal hike except this time reunion with my old buddies.

So here are pictures that we manage to capture:











                    footnote: 

                    i wanna run away from you. 

                    in order to forget you, 
                    i decided to go through thousands of tired 
                    and nerve-shaken; again

                    but i forgot, 
                    the vibration among the trees and stones, 
                    the smell on the paths, 
                    will always remind me of you.

                    Gunung Hijau, 
                    Pusing, Perak

                    3 April 2017

Saturday, April 1, 2017

Ketiga


You said, everything is temporary 
thus we have to remain as a secret; that cant be exposed.  

Sementaraku, 

mungkin saja kerana kita sedang berada di laluan yang berbeza. 
kamu ke selatan dan aku ke utara, 
mungkin juga kerana kita tersepit di antaranya. 

Semua adalah hanya perihal waktu yang tak mampu,

dan perasaan yang tergesa-gesa. 

Tidak ada canda. 

semoga Tuhan menjagamu di sana.
we can do it, as you wish, lets against it, together. 

Monday, March 20, 2017

Pokok Tiga Beradik, UUM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


resah, gundah 

permainan ini amat membingungkan. 
menadah karma, menahan cungapan 
kita tewas. 

barangkali cuma untuk sekali ini.

gadisku,
semoga Tuhan mendengarkanmu. 





thank you, guider
sha. ana. rina. anis

Sunday, March 12, 2017

Pendakian



Jika kamu bertanya ada apa dan mengapa, 
maka berikan aku waktu,  

tapi sebelum itu, 

bersedialah mendengar hingga aku mampu menghabiskan cerita. 
Tapi apakah nanti kamu akan kurang sabar dalam menunggu? 
Apakah alasanmu nanti tatkala telinga mula rasa jemu? 

Dengan jarak sejauh ini, 

pada pejalan kaki yang kamu temui tiap hari saja aku cemburu. 

Dan dengan jarak sejauh ini, 
aku takut ada seseorang yang datang 
yang membuat perhatianmu padaku itu perlahan menghilang. 

Biarkan aku terus mengejarmu dalam setiap ketinggian ini. 
Tapi bolehkah kita tetap seakrab ini? 
Tidak mempedulikan semua hal-hal di atas itu 
dan menikmati kedekatan ini tanpa harus terbeban apapun? 

Tertawa lepas, saling curi memandang, saling lempar senyuman, 
saling berbicara bebas, saling suka tanpa harus pura-pura. 

Tapi aku khuatir,
apakah dalam pendakian, 
kamu juga sedang mendaki menuju ke Tuhan?

Friday, March 10, 2017

Wang Gunung, Perlis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


some hike for names and trends, 
others hike because of the feeling being challenged. 

some hike for the view, 
but i hike for the reason of you. 





 










Takkan ada satu yang sia-sia dalam takdir-Nya, 
hatta rumput yang kita pijak, kita potong, 
kita tendang dan diludah pun masih sudi untuk tumbuh semula lalu berzikir memuji Allah. 

Maha suci Allah. 

Keakraban ini nyata, 
semoga kita kekal sampai ke syurga. 

❤️ 

Wang Gunung, 
Sempadan Malaysia (Perlis) - Thailand 

10 March 2017 

Friday, February 17, 2017

Quick Update: Gunung Pulai, Kedah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


   



Mencintaimu tidak mengenal titik. 

Bukankah pernah aku kata,

cinta ni kadangkala ekspresinya bukan pada bicara, 
boleh jadi hanya dari pandangan mata, 
bahasa kerisauan terpancar dari jiwa. 

Boleh jadi juga pada perbuatan, 

kiasan gurauan serta mungkin disandarkan pada beberapa pengorbanan.

Mencintaimu membuat aku menjadi bukan aku. 

Seperti menduga ketakutanku 

hanya kerana ingin menyelami setiap satu kesukaanmu. 
Seperti banyaknya yang memang sengaja aku simpan. 
Kisah dan perasaan yang tak terungkapkan, 
bertiup tak berarah, berarah ke ketiadaan. 

Ini cara aku mencintaimu. 

Dalam diam cuba mengerti, 
dalam perhati cuba mendalami. 






17 February 2017 
Gunung Pulai, Kedah

Saturday, February 11, 2017

Intense



“It was unintentional feelings.” 

But my dear, sincere feelings do not have intentions. They grow in silence; in our heart. 

We will only aware of it existence when we’re trying to leave and stop everything. 


what-ship?



I know, both of us are hurt. I’m sorry because I couldn't express my feelings. 

Trust me, we aren't ready for what we feel.

Tuesday, January 10, 2017

Seperti sebelumnya

Seperti lewat malam sebelumnya 

Aku masih congakkan tentang kita 

Jalan penuh curiga 
Dan tanda tanya 

Seperti beberapa purnama sebelumnya 


Adakah kita masih sama 

Menyembunyikan rasa ingin 
Meluahkan rasa yang terikat lain 

Seperti sekarang dan sebelumnya 


Lewat bicara kita 

Apa mungkin selamanya 
Atau kekal cuma sementara