Sunday, September 16, 2018

Quick Update: Bukit Batu Chondong, Kemensah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bukit Batu Chondong ni terletak di Kampung Kemensah, dekat je dengan Zoo Negara. Sini yang popular lagi satu adalah aktiviti ATV. Tapi ATV tak dapat buatlah sebab no extra money untuk ke arah situ. heheh Jadi, minggu ni, aku spend masa dengan kaklinda and my niece, Iffah untuk hiking di BBC sempena training kaklinda. (Pastu dia frust sebab katanya macam larian 5km je, kejap sangat *rolling eyes) Untuk aku yang memang dah lama tak lari dan hiking, as usual memang mengah lah ceritanya even kejap je tempoh hikingnya..

Kitorang sebenarnya pagi tu plan nak pegi hiking di Broga, tapi alih alih subuh tu dah sampai sana, sekali check kat twitter, Broga tutup sebab ada kes hilang lagi. umphh terus tukar plan.. kiranya sampai BBC tu dah quite lewat tapi still ramai orang lagi di turun naik especially yang datang with family.







Tak banyak ambil gambar since my iphone didnt work well as usual. But I think I had a well spend on my weekend. 😆

til then,
xoxo