Friday, September 27, 2013

Be different

Bismillah.

This lately..

Few things happen. Ada yang terkesan dalam diri, yang mungkin salah aku sendiri. Tapi aku lagi suka pandang dari beberapa cara. Satu, mungkin aku yang tak sensitif. Dua, mungkin aku tak ikhlas dalam menegur orang lain. Tiga, kita tak boleh paksa orang fikir dengan cara kita fikir. Empat, being too public mungkin tak sesuai dengan diri aku.



Matlamat hidup yang berbeza, di besarkan cara berbeza, didikan yang berbeza. Dan aku suka jadi berbeza, lain dari yang lain. Tak sama dengan yang lain. Tapi sikit pun aku tak lupa siapa aku dulu, berapa proses yang dah aku lalui, berapa stage untuk aku sampai tahap fikiran macam ni. Dan cara berfikir ini mungkin akan berubah lagi day by day..


Bukan aku tak pernah buat dosa, bukan aku tak pernah freehair, bukan aku tak pernah menipu. Bukannya aku dilahirkan terus-terus pakai tudung, terus-terus tutup semua aurat. Banyak lagi yang bukannya aku tak pernah buat. Bukannya aku datang dari sekolah agama, yang tak pernah fall in love, yang tak pernah tinggal solat. Aku pun sama macam semua, sama atau mungkin lebih teruk, maybe? So tak perlulah expect perubahan kecil ini boleh padam dosa lampau, perubahan kecil ini menjadikan aku tak ubah seperti ustazah. Perubahan ini kerana ada yang menyedarkan, kerana mak abah, kerana keluarga, kerana family dan kerana future family.

Sesetengah orang mungkin kenal aku sebagai pendiam, tapi berapa orang yang tahu betapa aku struggle dari tak berhenti bercakap untuk elakkan bercakap. Sesetengah orang yang mungkin kenal aku kononnya sebagai lemah lembut pemalu dengan lelaki, tapi berapa orang yang tahu dulu pegang ketua platun, bergaul dengan lelaki macam perempuan perempuan lain satu camp. Dan berapa orang yang tahu sejak bila dan kenapa aku mula sarkastik? 

You know my name, but not my story kan?

Dan banyak lagi yang mungkin di sangka atau tak di sangka. 
So don't expecting me too much because I'm not that much.



I'm still me, being me. How time flies and changing me and my family.
Work for your future, instead of crying about the past. Bit by bit, Lillahitaala.

Happy belated birthday to me. 23/09

Wednesday, September 25, 2013

Separuh masa

23 dan 25
1993 dan 1995
beza cuma dua angka
beza yang mengikat hati kita

Senyum-tawa, hujan tepi mata
cursing each other - terlalu biasa
sampai aku tak tahu erti terasa
sikit pun tak terkesan bisa

Ikatan bukan kerana terpaksa
tapi wujud kerana cinta
kerna kita hadir dari rahim yang sama

Cebisan-cebisan memori
sentiasa di hati
aku tak pernah lupa
kerna cuma kau yang aku ada
sebagai adinda aku sepenuh masa

18tahun
kau masih kekal sebagai adinda kecil aku
sampai akhir waktu
yang akan aku protect selagi aku mampu
kalau boleh dari semua kumbang-kumbang palsu
supaya kau takkan pernah rasa tertipu

previously, sama macam aku

Selamat Hari Lahir - 18