السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mencintaimu tidak mengenal titik.
Bukankah pernah aku kata,
cinta ni kadangkala ekspresinya bukan pada bicara,
boleh jadi hanya dari pandangan mata,
bahasa kerisauan terpancar dari jiwa.
Boleh jadi juga pada perbuatan,
kiasan gurauan serta mungkin disandarkan pada beberapa pengorbanan.
Mencintaimu membuat aku menjadi bukan aku.
Seperti menduga ketakutanku
hanya kerana ingin menyelami setiap satu kesukaanmu.
Seperti banyaknya yang memang sengaja aku simpan.
Kisah dan perasaan yang tak terungkapkan,
bertiup tak berarah, berarah ke ketiadaan.
Ini cara aku mencintaimu.
Dalam diam cuba mengerti,
dalam perhati cuba mendalami.
17 February 2017
Gunung Pulai, Kedah
Gunung Pulai, Kedah
No comments:
Post a Comment