[38]
Hampir sepuluh minggu berlalu
untuk satu hari ini
ingatan buatmu muncul lagi
atas jangka pendek yang kita lalui
dan segalanya tidak di hargai
mudah
kerana 365 hari itu palsu
kau takkan mampu terus terus menipu
tentang hati-hati yang kau kumpul mengikut nafsu
kini
abjad berbentuk nama kamu
tidak mahu lagi aku imbas
tiada baitku manis-manis lagi
cukuplah sampai di sini
aku cuma mahu tunggu sehingga waktu itu
tatkala kau berhenti mengait hati hati rapuh itu
yang kondisinya sama seperti aku
macam dulu
dan segalanya tidak di hargai
kerana 365 hari itu palsu
kau takkan mampu terus terus menipu
tentang hati-hati yang kau kumpul mengikut nafsu
abjad berbentuk nama kamu
tidak mahu lagi aku imbas
tiada baitku manis-manis lagi
cukuplah sampai di sini
aku cuma mahu tunggu sehingga waktu itu
tatkala kau berhenti mengait hati hati rapuh itu