Aku telah membuatmu menunggu, itu bukan inginku.
jika hati dengan mudah membukakan pintunya,
itu juga bukan kehendakku.
Kamu pernah berkata,
“Gadisku… hatimu tak bisa kau paksakan, apapun jawapanmu, akan aku terima dengan lapang”.
Sedari dari pendakian pertama, hatiku mulai yakin, menunggu bukanlah dalam kepakaranmu. Aku ingin sepertimu, yang dengan mudah membuka hati, dan mengizinkan dia untuk berada di dalamnya setelah sekian lama aku menjadi penghuni paling setia dalam lewat rahsia.
Tapi, aku tak dapat mengatur hatiku sesuai dengan inginku. Dan kini kamu pula berada dalam persimpangan, di mana langkah kakimu pun tidak tahu akan ke mana berjalan.
Maaf, aku telah membuatmu menunggu dengan waktu yang tak pernah aku mampu kutentukan. Kamu telah lelah menanti dan seterusnya wujud dipersimpangan dua.

Maka aku izinkan kamu untuk pergi,
ucapkan selamat pada dia kerana telah berhasil menggetarkan hatimu dalam waktu yang singkat.

Dan untukmu pula, Nona.
Telah kutahu kehadiranmu yang dalam diam sering ke sini, apakah kamu telah menemui jawapan? Apa telah kamu khatam setiap aksara, lalu mencapai konklusimu?
Ingin aku bertanya, apakah kamu jumpa yang dicari selain makna dari penyamaran rasa ini? Kerana anak matamu telah kubaca, dan darinya telah kumaklumi, kehadirannya kini telah menjadi salah satu rutin yang kamu nanti.
Berhentilah mempersoal.
Untuk meraih perhatian dan memahaminya bukan di sini.
Aksara-aksara ini akan lebih banyak merentap kasar hatimu.
Menjauhlah dariku.
Kerana ada banyak hal tidak akan mampu kamu singkap,
berhentilah menjengukku,
kerana aku khuatir rasa ini tak mampu lagi aku samarkan.
Ini adalah perihal tiga,
aku harus kau lupakan,
tentang puisi selepas ini bukan lagi untukmu,
dan kerana aku kira, kisah mencintaimu mungkin telah sampai ke titik akhir.